




Wartawan JM
12 OKT. 2025
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya (BBRA) semalam bersempena sambutan 50 tahun penubuhan persatuan yang penuh bersejarah ini.
“Alhamdulillah, kerjasama erat antara Pejabat Ahli Parlimen dan wakil-wakil penduduk terus membawa manfaat besar kepada masyarakat setempat, menjadi bukti bahawa semangat kejiranan dan kesukarelawanan masih menjadi nadi komuniti kita,” kata Fahmi dalam hantaran di FB. – JM
