Jangan kongsi, muat naik gambar insiden tragis di sekolah menengah, Bandar Utama- MCMC

Oleh: Sholina Osman
15 OKT. 2025

Semua pihak digesa bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan insiden tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Kenyataan media Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan ia termasuk gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain, atau lokasi kejadian.

Sekiranya kandungan sedemikian telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya.

PRIVASI DAN MARUAH

Perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, serta menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

МСМС turut mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mengedarkan kandungan sedemikian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

MCMC juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam insiden tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *