

Oleh: Sholina Osman
16 OKT. 202
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menang kes saman fitnah sivil terhadap penulis dan bekas akademik Australia, Murray Victor Hunter (MH).
Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan bahawa pada 15 Oktober 2025,
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan MH bertanggungjawab ke atas tuduhan fitnah dalam saman sivil yang difailkan oleh MCMC.
MH telah menerbitkan satu siri artikel antara April dan November 2024, yang mengandungi kenyataan palsu dan fitnah terhadap MCMC.
Penerbitan ini membawa dakwaan serius dan tidak berasas yang mengelirukan orang ramai dan merosakkan reputasi MCMC.
MENGELUARKAN PENDAPAT, KEBEBASAN
Mahkamah memutuskan walaupun individu bebas untuk mengeluarkan pendapat, kebebasan tersebut mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan mengikut lunas undang-undang.
Hak bersuara tidak terpakai jika melibatkan kenyataan palsu, berniat jahat atau memfitnah yang boleh menjejaskan reputasi orang lain.
Oleh itu MCMC mengambil tindakan
undang-undang bagi melindungi reputasi institusinya dan untuk menegakkan prinsip akauntabiliti, integriti dan komunikasi yang bertanggungjawab dalam ekosistem digital. – JM
