Kemajuan sesebuah kota bukan diukur dengan kehebatan bangunan pencakar langit – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 OKT. 2025

Kemajuan sesebuah kota tidak boleh diukur hanya melalui kehebatan bangunan pencakar langit atau kemodenan infrastrukturnya semata-mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemajuan sebenar harus mencerminkan keindahan dan kebersihan persekitaran, keprihatinan terhadap alam sekitar, serta keutuhan nilai budaya dan kemanusiaan masyarakatnya.

BUKAN SEKADAR GEDUNG

“Sering kali kita terlupa, bahawa yang kita bangunkan bukan sekadar gedung atau kota, tetapi nilai kemanusiaan atau karamah insaniah yang menjadi teras kepada konsep MADANI,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Putrajaya Holdings di The Everly Putrajaya.

Beliau berkata kota yang maju mesti bersih, indah dan lestari. Namun di sebalik segala pembangunan fizikal, jangan sekali-kali kita abaikan hakikat bahawa tujuan utama pembangunan ialah membentuk manusia yang berjiwa, berakhlak dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *