Kerajaan tidak boleh korbankan kepentingan rakyat kerana perbezaan politik – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 OKT. 2025

Kerajaan tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat hanya kerana perbezaan politik, lantas integriti dan tadbir urus mesti kekal menjadi asas dalam setiap keputusan pentadbiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini soal integriti, kita mahu jaga negara atau jaga parti?

“Jika kerajaan lebih mementingkan imej politik hingga mengabaikan keadilan kepada rakyat, itu bukan governans, tetapi penyalahgunaan kuasa,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional dan penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.

MENGATASI SEGALA PERTIMBANGAN

Anwar menegaskan bahawa kepentingan negara mesti sentiasa mengatasi segala pertimbangan lain.

“Kita harus sentiasa ingat bahawa integriti dan tadbir urus bukan sekadar slogan moden, tetapi nilai asas dalam membina semula negara selepas penjajahan,” kata beliau.

Beliau berkata perjuangan kita hari ini ialah memperkukuh asas itu dengan integriti, keadilan dan tadbir urus yang berteraskan amanah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *