MCMC Selangor jayakan Program JOTA dan JOTO Kebangsaan peringkat Selangor

Wartawan JM
24 OKT. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Selangor turut menjayakan Program Jambori di Udara (JOTA) dan Jambori di Internet (JOTI) Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung pada 18–19 Oktober lalu.

Melalui Kempen Internet Selamat (KIS), MCMC menyampaikan taklimat dan pameran interaktif bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan serta etika penggunaan internet dalam kalangan lebih 1,600 ahli pengakap dari seluruh negeri.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam memperkukuh literasi digital dan keselamatan komunikasi dalam kalangan generasi muda menerusi platform kepengakapan,” kata MCMC dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *