





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Al Quddus, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya.
Jelas beliau Khutbah hari ini bertajuk “Menabur Bukti, Menuai Syurga” mengingatkan kita tentang tanggungjawab memuliakan warga emas, generasi yang telah banyak berbakti dan berjasa.
Beliau berkata ia menyeru agar kita terus menebar kasih sayang, bukan sahaja dalam kalangan keluarga tetapi juga dalam masyarakat, agar tiada insan tua yang dibiarkan hidup sendirian tanpa perhatian dan belaian.
“Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan insan yang menabur bakti dan kasih di dunia, demi menuai ganjaran syurga di akhirat kelak,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
