





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Presiden Republik Persekutuan Brazil Luiz Inácio Lula da Silva di Putrajaya pagi tadi yang kini berkunjung ke Malaysia selama tiga hari sebagai Tamu Negara Pengerusi ASEAN.
Medan pertemuan ini selain menjadi ruang memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat kedua-dua negara Malaysia dan Brazil di pelbagai lapangan penting seperti pelaburan dan perdagangan, tenaga, sektor halal.
“Ia antara lain penting dalam menonjolkan reputasi dan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa terutamanya di benua Amerika Selatan,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
