









26 Oktober 2025
Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 turut mendapat perhatian daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang tiba di negara ini dengan pesawat rasminya Air Force One hari ini.
Pesawat rasminya selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.54 pagi dan di sambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketibaan beliau disambut dengan penuh istiadat rasmi oleh Perdana Menteri bersama-sama Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, serta barisan kepimpinan kanan Kerajaan.
Turut menyambut Trump ialah Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D.Kagan.
Presiden Donald J. Trump turut diperlihatkan persembahan kebudayaan yang menampilkan keindahan warisan seni dan budaya Malaysia, sebagai simbol persahabatan dan penghargaan terhadap hubungan diplomatik dua hala yang erat antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Usai sesi sambutan di KLIA, delegasi bergerak ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi meneruskan agenda Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Lawatan Trump menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad lalu.
Konvoi rasmi Trump turut membawa ‘ The Beast’ kenderaan rasmi yang diterbangkan khas untuk lawatan yang akan digunakan sepanjang Presiden US itu berada di Malaysia.
Trump bersama PMX menaiki ‘The Beast’ dari KLIA ke lokasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN .
