Sidang Kemuncak ASEAN ke 47:Kuala Lumpur jadi Pusat Diplomasi Dunia, pertemuan ketua negara catat sejarah baharu

Oleh Noraini Nordin

26 Oktober 2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.

Dengan kehadiran ketua-ketua negara ASEAN serta tetamu-tetamu undangan Kuala Lumpur menjadi pusat komunikasi bertaraf dunia yang pastinya memberi manafaat khasnya kepada keluarga ASEAN.

Dunia juga sedang melihat Malaysia yang menjadi tuan rumah mempertemukan pemimpin-pemimpin yang mengadakan mesyuarat berprofil tinggi, rundingan perdagangan dan usaha damai sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke 47.

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN telah
menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah.

Sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global dan suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).

Kepengerusian ini mencerminkan semangat ASEAN yang bersatu dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan ihsan.

Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.

PMX berkata bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, beliau dengan penuh syukur mengalu-alukan kehadiran para pemimpin ASEAN, Tamu Negara Pengerusi ASEAN serta negara-negara sahabat dari seluruh dunia serta para tetamu kehormat ke Kuala Lumpur bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beriltizam untuk memperkukuh perpaduan serantau, memperbaharui semangat kerjasama, meluaskan tumpuan dan persahabatan serta memastikan pertumbuhan yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan seluruh ASEAN,” jelas PMX lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *