Keteguhan prinsip António Guterres perjuang keadilan kekejaman di Gaza dihargai – PMX

Wartawan JM
Foto: Shahnaz Fazlie, Fath Rizal
28 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, atas keberanian dan keteguhan prinsip memperjuangkan keadilan termasuk menentang kekejaman yang sedang berlaku di Gaza.

Anwar berkata ini membuktikan suara beliau mencerminkan nilai kemanusiaan sejati yang wajar kita junjung bersama.

“ASEAN dan PBB akan terus memperkukuh kerjasama demi membina sebuah rantau yang aman, berdaya tahan dan inklusif tanpa meninggalkan sesiapa pun di belakang,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

TERHADAP HUBUNGAN ERAT

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-15, Anwar yang mewakili ASEAN menegaskan semula komitmen kukuh terhadap hubungan erat yang sekian lama terjalin dengan PBB, sebuah perkongsian yang berasaskan aspirasi bersama untuk keamanan, kemakmuran dan kelestarian sejagat.

Beliau berkata seiring pelaksanaan visi ASEAN 2045: Our Shared Future, ASEAN kekal teguh menyelaraskan keutamaan serantau dengan Matlamat Pembangunan Lestari 2030, berpaksikan keterangkuman, kelestarian dan semangat multilateralisme. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *