


Wartawan JM
Foto: Izzuddin Abd Radzak
28 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Anwar berkata pertemuan ini mengukuhkan hubungan erat dan konstruktif antara Malaysia dan IMF yang berteraskan rundingan berkala, bantuan teknikal serta kerjasama dasar yang rapat.
“Perbincangan turut menyentuh isu keseimbangan semula perdagangan global, pengukuhan rangka keselamatan kewangan antarabangsa serta pelaksanaan reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI,” katanya dalam hantaran di FB.
Anwar berkata Malaysia kekal komited terhadap disiplin fiskal serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, dengan unjuran pertumbuhan antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus pada tahun 2025. – JM
