PM Itali ke Kuala Lumpur awal tahun depan bagi muktamadkan perjanjian strategik PETRONAS-ENI – PMX

Wartawan JM
Foto: Afiq Hambali
30 OKT. 2025

Malaysia menzahirkan kesediaan untuk menyambut Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni ke Kuala Lumpur awal tahun hadapan bagi memuktamadkan perjanjian strategik antara PETRONAS dan Eni S.p.A (ENI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merakamkan penghargaan atas pendirian Itali yang terus mendukung seruan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat di Gaza, yakni satu suara hati nurani yang amat diperlukan di pentas dunia saat ini.

“Justeri itu kedua-dua kami bersepakat dalam mempercepat dan memuktamadkan kerjasama PETRONAS-ENI dalam waktu terdekat,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

KEPERLUAN MENDESAK DI ROM

Terdahulu Anwar dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Itali itu, beliau telah memaklumkan kepada saya sebab ketidakhadiran beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berikutan keperluan mendesak di Rome saat ini dalam merangka serta menggubal undang-undang berkaitan belanjawan serta perbincangan yang berlaku di peringkat Kesatuan Eropah.

Saya beritahu PM Meloni bahawa Malaysia memahami sepenuhnya keutamaan dan keperluan domestik yang menuntut tumpuan penuh beliau pada ketika ini.

“Insya-Allah, hubungan akrab Malaysia-Itali akan terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *