



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
30 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
“Ia bagi menjawab persoalan berkaitan manfaat yang diterima negara susulan kunjungan Presiden Amerika Syarikat bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta kemajuan berterusan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
