PMX tiba di Busan, Korea sebelum ke Gyeongju hadir APEC

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
30 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Busan, Republik Korea, sebelum meneruskan perjalanan ke Gyeongju bagi memulakan misi Diplomasi MADANI di pentas Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025.

“Annyeonghaseyo!” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Anwar berkata di luar kerangka APEC, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa peneraju industri utama, termasuk pihak NVIDIA, bagi membincangkan potensi pelaburan strategik serta peluang memperkukuh ekosistem teknologi dan inovasi di Malaysia.

“Moga segala urusan dipermudah dan misi ini membawa manfaat besar buat negara dan rakyat keseluruhannya,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *