




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan rakan-rakan pimpinan yang turut menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025.
Beliau berkata dalam suasana penuh mesra, antara mereka bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa dan hala tuju serantau, termasuk usaha memperkukuh kerjasama ekonomi yang lebih adil dan berdaya tahan.
“Saya turut menghargai ucapan tahniah yang disampaikan mereka atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini, satu kejayaan yang mencerminkan keupayaan Malaysia memimpin dengan hikmah dan kesungguhan,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
