
1๏ธโฃ Undang-undang Malaysia tetap diutamakan, semua perkara tertakluk undang undang kita๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
Tiada apa dalam ART yang mengatasi Parlimen, Perlembagaan atau perundangan Malaysia. Semua perkara tertakluk kepada undang undang dan dasar sedia ada. Kuasa undang-undang kekal 100% di tangan negara kita.
2๏ธโฃ Kedaulatan & keselamatan terpelihara ๐ช๐ป๐ช๐ป๐ช๐ป
Malaysia kekal dengan hak di bawah WTO. Kita masih boleh bertindak demi kepentingan negara pada bila-bila masa. Jika sesuatu tidak selari dengan kepentingan negara, pelbagai mekanisme boleh diambil untuk tidak meneruskan perjanjian.
3๏ธโฃ Tiada liberalisasi dituntut โผ๏ธ
ART tidak memaksa Malaysia membuka sektor baharu dalam perkhidmatan atau pelaburan. Semua pengecualian sedia ada kekal.
4๏ธโฃ Rundingan BUKAN kewajiban โ
โComplementary actionsโ hanya bermaksud perbincangan. Apa-apa keputusan tetap melalui proses undang-undang Malaysia dan ditentukan mengikut ikut garis masa kita sendiri.
5๏ธโฃ Dasar Bumiputera kekal โ โ โ
Keutamaan, ekuiti dan penyertaan Bumiputera kekal di bawah kawalan penuh Malaysia.
6๏ธโฃ Sektor sensitif kekal dilindungi ๐ช๐ป๐ช๐ป๐ช๐ป
Tanah, pertanian, minyak & gas, perlombongan, senjata, tenaga, budaya, perkhidmatan sosial, perjudian, dan perkhidmatan guaman kekal tertutup atau terhad di bawah undang-undang Malaysia.
7๏ธโฃ GLC & Syarikat Berkaitan Kerajaan tidak terjejas ๐๐ป๐๐ป๐๐ป
Tadbir urus kekal di bawah undang-undang Malaysia; keputusan komersial kekal dibawah kawalan syarikat Malaysia.
8๏ธโฃ Larangan eksport REE mentah masih berkuat kuasa โ ๏ธโโ ๏ธ
Malaysia masih melarang eksport nadir bumi mentah โ kita menegaskan sebarang pemprosesan nilai tambah mesti dibuat di dalam negara. Ini membantu perpindahan teknologi dan pembangunan sektor pemprosesan di dalam negara.
9๏ธโฃ Malaysia kekal tentukan status HALAL โค๏ธโค๏ธ
Hanya JAKIM memilih dan menentukan badan pensijilan halal AS yang diiktiraf โ selepas audit oleh JAKIM sendiri.
๐ Kenapa kita tandatangani perjanjian ini? Kita mahukan akses pasaran, bukan tunduk ๐ฏ๐
Kita telah berjaya mendapat 1,711 baris tarif AS yang kini dikecualikan daripada tarif: memberi manfaat kepada minyak sawit, getah, kimia, komponen aeroangkasa, farmaseutikal, dll โ (12% daripada eksport kita, bernilai lebih RM 22 billion), ini menyokong PKS & pekerjaan rakyat Malaysia.
โ ๏ธTerlalu banyak kekeliruan dan fitnah yang sedang berlegar, kata Malaysia hilang kedaulatan dsb. Jangan percaya semua ini, kepentingan negara akan sentiasa dibela! Ada anasir yang ingin memecahbelahkan kita. Berwaspadalah โ๏ธ
