Malaysia catat kemajuan memberangsangkan dengan unjuran pencapaian 49% bagi SDG menjelang 2030 – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 NOV. 2025

Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dengan unjuran pencapaian 49 peratus bagi SDG menjelang 2030, jauh mengatasi purata global 18 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di sebalik angka positif ini, masih banyak yang harus ditangani khususnya terkait 10 Fokus Utama Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara.

Beliau menjelaskan ia berkaitan isu malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, pengurusan murid berkeperluan khas hinggalah peluang pekerjaan buat golongan kurang upaya.

MENUNTUT KERJASAMA SEMUA

“Saya tegaskan bahawa usaha ini menuntut kerjasama semua pihak merentasi kerajaan Persekutuan, negeri, swasta dan masyarakat sivil agar tiada insan yang tersisih daripada arus pembangunan negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025 pada pagi ini.

Anwar berkata Kerajaan MADANI kekal komited terhadap agenda SDG yang bergerak seiring pelaksanaan RMK13.

Jelas beliau ia kini menuju kemajuan yang terangkum, mampan dan sejahtera demi masa depan anak-anak kita dan bumi yang kita cintai. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *