PMX lancar inisiatif Komuniversiti Kolaboratif antara USAS-YAPEIM di Cherok To’kun

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan inisiatif Komuniversiti Kolaboratif antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Cherok To’kun.

Beliau berkata ini merupakan satu ikhtiar dalam mendekatkan golongan mahasiswa dengan denyut nadi rakyat.

“Ilmu tidak hanya dibaca dan dihafal semata, tetapi mesti berpaut pada kehidupan, realiti semasa dan pengalaman bermasyarakat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Jelas beliau pendekatan yang diterapkan adalah dengan memberi kuasa serta keyakinan kepada rakyat dalam menentukan keperluan mereka sendiri.

MEMUTUSKAN PROJEK EKONOMI

“Kampung-kampung memutuskan projek ekonomi yang hendak dilaksanakan, syarikat serta konglomerat mengambil sekolah sebagai Sekolah Angkat, dan semua pihak ini bergerak sederap memaknai objektif tanpa retorik dan tanpa pembaziran,” kata beliau.

Begitu juga dalam hal hubungan antarabangsa, kata Anwar di mana Malaysia kekal negara merdeka, berdaulat dan bermaruah.

“Kita berunding dan berkawan dengan semua, tetapi keputusan tetap dipandu kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhan,” tambah beliau.

Beliau akan pastikan usaha ini menjadi wahana ilmu yang membumi, menyemai budi, dan menyemarak kemajuan bangsa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *