



Wartawan JM
11 NOV. 2025
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar semua ahli Pandu Puteri terus menyemarakkan semangat perjuangan, menjaga perpaduan dan saling hormat-menghormati.
“Kita mestilah berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh integriti demi agama, bangsa dan negara,” kata Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Terdahulu beliau selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) hadir dalam Majlis Centennial Hi-Tea sempena Sambutan 100 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka di Hotel Dusit Princess, Melaka.
Turut hadir Penaung PPPM Cawangan Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman; Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Yeoh Soo Keng; Penasihat Kehormat PPPM Cawangan Melaka Datin Seri Zuriyah Aziz dan Yang Dipertua PPPM Cawangan Melaka Datin Nurazlina Md Sanusi.
USAHA MENINGKATKA KESEJAHTERAAN
Dr Wan Azizah berkata PPPM menumpukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan, kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan anak-anak gadis kita.
Beliau berkata mereka ini adalah golongan muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan negara.
“Tahniah diucapkan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka atas sambutan 100 tahun penubuhan yang bersejarah dan bermakna ini, kata Dr Wan Azizah. – JM
