IPT perlu perluas horizon ilmu dengan mewujudkan bidang pengkhususan baharu – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 NOV. 2025

Sudah tiba masanya institusi pengajian tinggi (IPT) memperluas horizon ilmu dengan mewujudkan bidang pengkhususan baharu, termasuk yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dengan disiplin lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini bersesuaian dalam
menghadapi landskap ekonomi dan pendidikan yang semakin mencabar.

Jelas beliau langkah ini bukan sahaja akan memperkukuh daya saing graduan, tetapi juga membuka peluang lebih luas untuk mereka menyumbang dalam sektor swasta dan kerajaan.

“Seterusnya akan mampu menjulang nama Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan inovasi di rantau ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

KONVENSYEN PENGAJIAN ISLAM

Terdahulu Perdana Menteri hadir pada Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2025 di UKM Bangi hari ini.

Anwar juga mengambil kesempatan untuk menitipkan amanat kepada warga universiti agar terus berperanan mengangkat martabat Malaysia.

“Jadikan ia sebagai sebuah negara yang hebat, berdaya saing dan disegani, melalui penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran masing-masing,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *