Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan perlu beri perhatian serius isu pra-pelaksanaan projek – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
14 NOV. 2025

Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan perlu memberi perhatian serius terhadap isu-isu pra-pelaksanaan projek seperti status tanah mendap atau wakaf, proses pengambilan tanah, hakisan serta jajaran laluan air.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesej beliau jelas bahawa kekangan seperti ini tidak boleh berulang.

“Ia akan hanya membawa kepada pembaziran peruntukan dan menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

KEPADA HALA TUJU

Tedahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 2 Tahun 2025, yang menumpukan perbincangan kepada hala tuju dan penyelarasan projek-projek pembangunan yang melangkaui Rancangan Malaysia Ke-11.

Beliau berkata ini termasuk garis panduan berkaitan perlindungan dan pengalihan utiliti, serta kajian awalan ke arah pengoptimuman pembangunan projek.

“Perlu diingatkan supaya semua pihak terlibat perlu mengutamakan penggunaan sumber, produk dan peralatan tempatan, bagi mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan,” kata Anwar.

Beliau berkata penjimatan hasil langkah ini wajar disalurkan semula untuk meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur utama rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *