MCMC meminta pengguna media sosial beretika ketika berkongsi kandungan musim pilihan raya

Oleh: Sholina Osman
15 NOV. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pengguna media sosial agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab ketika berkongsi kandungan, khususnya sepanjang musim pilihan raya.

Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC menegaskan bahawa perbezaan pandangan politik merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi, namun hendaklah dizahirkan secara sopan, berhemah dan tidak melanggar undang-undang.

Platform digital perlu digunakan sebagai saluran untuk menyebar maklumat yang sahih dan membina, bukan tempat menabur kebencian, hasutan atau penghinaan terhadap mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

BERUNSUR HASUTAN, PENGHINAAN

Di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi menyebarkan kandungan berunsur hasutan, penghinaan terhadap agama, kaum atau Institusi Diraja (3R), serta kandungan lucah, palsu, mengancam atau jelik melampau adalah dilarang.

Sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC akan mengambil tindakan tegas, termasuk siasatan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

МСМС turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi
ketenteraman awam terpelihara.
memastikan akauntabiliti,
serta ketenteraman awam terpelihara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *