Malaysia, AS, Thailand, Kemboja sahkan komitmen Perjanjian Keamanan Kuala Lumpur dilaksana – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengesahkan komitmen untuk memastikan pelaksanaan Perjanjian Keamanan Kuala Lumpur sepenuhnya dan berkesan.

“Kami juga bersetuju bahawa kemajuan yang bermakna mesti dibuat dalam isu pemotongan ranjau, tanpa melibatkan sebarang bentuk kerjasama perdagangan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar bersama Trump, Hun Manet dan Anutin Charnvirakul berbincang menerusi panggilan telefon.

“Saya menghargai komitmen peribadi dan aktif Trump untuk menyelesaikan perkara ini,” tambah Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *