Raja Muda lancar Program Cashless Agrobank di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis

Wartawan JM
16 NOV 2025

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan Agrobank berkenan berangkat melancarkan Program Cashless Agrobank di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis.

Baginda juga berkenan merasmikan Lorong Agrobank yang merupakan inisiatif membaik pulih kawasan sekitar Kampung Warna Warni.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata pelancaran program itu bertujuan memudahkan urus niaga melalui penggundan DuitNow QR Agrobank serta menggalakkan peniaga kecil dan komuniti setempat beralih kepada pembayaran secara digital.

SEIRING DENGAN AGENDA

“Program ini seiring dengan agenda nasional serta usaha Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperluas penggundan pembayaran digital yang selamat dan efisien,” kata beliau dalam kenyataan media.

Beliau berkata sehingga kini 90 peratus peniaga di Kampung Warna Warni telah beralih kepada penggundan QR Agrobank.

Sempena pelancaran ini Agrobank juga melakukan beberapa inisiatif iaitu penghasilan dua mural, penaiktarafan beberapa rumah serta tembok dan pagar di kawasan sekitar, pemasangan payung penjaja serta pembaikan taman permainan kanak-kanak.

Agrobank juga memaklumkan melalui gabungan pendigitalan pembayaran, penglibatan komuniti dan usaha membaik pulih kawasan setempat, pihaknya komited menyediakan
platform lebih kondusif bagi pembangunan ekonomi serta komuniti luar bandar.

MENGUKUHKAN MANDAT AGROBANK

Langkah ini mengukuhkan mandat Agrobank sebagai institusi kewangan pembangunan (DFI) dalam memodenkan ekosistem pertanian dan meningkatkan kemampanan komuniti agro.

Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis merupakan inisiatif Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta korporat.

la bagi melaksanakan penambahbaikan menyeluruh untuk kampung berkenaan, selaras dengan inisiatif penempatan di bawah pelan tindakan agihan holistik MAIPs 2.0.

Pada majlis yang sama, Raja Muda berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai daripada MAIPs dan Agrobank kepada 10 penerima. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *