Isteri PMX rasmikan penutupan Program Finance Summit 2025

Wartawan JM
18 NOV. 2025

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan penutupan Program Finance Summit 2025 anjuran Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dengan kerjasama Islamic Finance Students’ Association (IFSA) dengan penaung utama
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara.

“Program yang telah berlangsung selama tiga hari ini telah menghimpunkan lebih 200 pelajar-pelajar dalam bidang kewangan dari pelbagai universiti dan telah mencapai objektif terutamanya dalam pelbagai isu yang membabitkan cabaran dunia kewangan mikro masa kini,” kata Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB.

Turut hadir, Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri; Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga AIM; Prof. Dr. Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Timbalan Rektor (Penyelidikan, Inovasi & Pembangunan) UIAM serta Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz, Pengarah Urusan AIM. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *