PMX, delegasi selamat tiba di Addis Ababa, Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi selamat tiba di persinggahan pertama misi Diplomasi MADANI, Addis Ababa, Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia.

Beliau berkata ia sebagai memulakan lawatan rasmi selama tiga hari di bumi yang kaya dengan sejarah, budaya dan ketamadunan.

“Kunjungan ini terjelma atas jemputan rakan sejawat, Perdana Menteri Dr. Abiy Ahmed Ali, dan merupakan lawatan balas susulan kunjungan rasmi beliau ke Malaysia tahun lalu,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata ia sekali gus mencerminkan tekad bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang kini memasuki usia 60 tahun, satu hubungan yang dibina berteraskan persahabatan tulen, keyakinan bersama dan semangat saling menghormati.

“Malaysia melihat Ethiopia sebagai rakan strategik utama di benua Afrika dan komited untuk memperluas serta memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara,” kata beliau.

Anwar yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan pencapaian yang konkrit serta melonjakkan hubungan Malaysia dan Ethiopia ke tahap yang lebih cemerlang, berdaya saing dan bermakna. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *