










21 November 2025
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim memulakan program hari ini dengan sesi libat urus bersama pimpinan Islam Republik Afrika Selatan, sebuah pertemuan yang membuka ruang bermakna untuk mereka berbincang, bertukar pandangan serta mengenal pasti usaha-usaha bagi memperkukuh pembangunan ummah.
Menurut PMX , Malaysia juga menyatakan kesediaan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang halal dengan negara-negara Afrika termasuk pembangunan pensijilan serta pembangunan kapasiti yang mampu memberi nilai tambah kepada komuniti Islam setempat.
” Selaras dengan komitmen kita mengangkat martabat Islam sebagai agama yang menjunjung kesejahteraan, toleransi dan ihsan, saya menekankan kepentingan pendidikan, dakwah berhemah, dialog antara peradaban serta kerjasama erat dengan komuniti Islam di Afrika Selatan.
” Sebagai lambang persaudaraan, saya turut menyerahkan sumbangan senaskhah al-Quran edisi khas beserta rehal, selain empat kotak al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan bertajwid, ” jelas PMX dalam perkongsiannya di laman sosial hari ini.
🇲🇾🇿🇦
