Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 NOV. 2025

Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika, dengan pelaburan merangkumi pelbagai sektor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ia termasuk pendawaian automotif, kampus Limkokwing University di Gaborone serta operasi penyelenggaraan lokomotif dan gerabak oleh syarikat Malaysia.

“Kedua-dua negara juga bersetuju untuk meneroka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat bersama,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT

Terdahulu Anwar menerima kunjungan hormat Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe.

Anwar berkata Ndaba Nkosinathi Gaolathe turut menyatakan penghargaan atas kerjasama erat menerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan tenaga pakar Malaysia, yang membantu memperkukuh keupayaan institusi Botswana, dalam agenda pertumbuhan ekonomi dan reformasi perkhidmatan awam.

Beliau berkata Malaysia-Botswana
menelusuri perjalanan hubungan diplomatik yang terjalin lebih tiga dekad atas dasar saling percaya, hormat dan aspirasi bersama demi kemajuan rakyat kedua-dua negara.

“Saya turut titipkan salam kepada Presiden Duma Boko sebagai tanda persahabatan yang terus mengukuhkan hubungan Malaysia dan Botswana,” kata beliau lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *