Malaysia mohon dukungan Afrika Selatan pencalonan beberapa badan antarabangsa – PMX

Oleh: Sholina Osman
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memohon dukungan Afrika Selatan mengenai pencalonan Malaysia di beberapa badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Selain itu pencalonan Malaysia untuk Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Anwar menyuarakan hasrat itu semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

NEGARA BENUA AFRIKA

Perdana Menteri juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Afrika Selatan sebagai negara benua Afrika pertama yang memegang tampuk Kepresidenan G20.

“Tema “Solidarity, Equality, Sustainability” juga selari dengan fokus Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan penumpuan khusus kepada usaha memperkukuh daya tahan bencana, kestabilan hutang, serta pendanaan peralihan tenaga yang adil dan mampan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau menambah kedua mereka juga menekuni kemajuan dan tahap hubungan dua hala susulan lawatan rasmi Presiden Ramaphosa ke Putrajaya pada Oktober yang lalu.

MALAYSIA BERSEDIA MEMUKTAMAD

Sehubungan itu kata beliau Malaysia bersedia memuktamad dan menandatangani beberapa dokumen penting termasuk MoU Kerjasama ekonomi dan industri, kerjasama halal, pertanian, tenaga hijau, teknologi, penyelidikan, serta kerjasama pendidikan dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya turut menawarkan ruang dan insentif di MY Integrated Circuit (IC) Design Park kepada syarikat dari Afrika Selatan untuk menyertai rantaian nilai semikonduktor Malaysia,” kata beliau.

Selain itu kata juga usaha mengeratkan kerjasama pertahanan dan perdagangan seperti daging lembu serta sains dan inovasi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *