


Oleh: Sholina Osman
22 NOV. 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Negeri Selangor (SSO) telah
menerima Special Recognition Award for Government & Technical Agencies in Selangor sempena Majlis Selangor Investors Appreciation Award yang berlangsung pada 20 November 2025.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr. Haniff Zainal Abidin dan diterima bagi pihak MCMC oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, MCMC Bukhari Yahya.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC melalui SSO dalam menyokong
pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan kesiapsiagaan teknikal, serta memperkukuh ekosistem pelaburan di Selangor melalui kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri, agensi teknikal dan rakan industri
BERSAMA PARA PELABUR
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bersama para pelabur dan wakil industri.
MCMC mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga SSO dan warga MCMC atas kerjasama padu yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
MCMC akan terus komited dalam memperkasa pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan ketersambungan, dan menyokong agenda pelaburan negeri serta negara. – JM
