PMX hadir majlis makan malam dihos Presiden Kenya di Istana Negara

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir majlis makan malam yang dihoskan oleh Presiden Republik Kenya William Samoei Ruto di Istana Negara.

Beliau berkata mereka berdua saling memanfaatkan pentas ucapan dengan masing-masing meraikan persahabatan erat kedua-dua negara yang telah terjalin sejak lebih 60 tahun lalu.

“Insya-Allah, esok akan berlangsung mesyuarat dua hala Malaysia-Kenya di mana Presiden Ruto dan saya akan sama-sama menekuni serta meneroka peluang kerjasama yang ada di pelbagai bidang yang dekat dengan kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *