π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—£π—˜π— π—œπ—‘π——π—”π—›π—”π—‘ π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—•π—”π—‘π—π—œπ—₯ π—›π—œπ—Ÿπ—œπ—₯ π—£π—˜π—₯π—”π—ž

25 NOVEMBER 2025 (SELASA) – Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dengan kerjasama Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia Teluk Intan, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak (APM) telah melaksanakan Operasi Bantuan Banjir di Kampung Kg Glouster Changkat Jong, Rumah Orang Tua & Anak Yatim sebelah Sekolah Tamil Ladang Sussex untuk di hantar ke Dewan PPS Pejabat Daerah Hilir Perak susulan limpahan air yang menjejaskan kawasan berkenaan.

Operasi bermula pada jam 9.30 pagi hingga selesai jam 2.00 pagi dengan kekuatan keseluruhan 15 anggota berjaya memindahkan mangsa-mangsa banjir tersebut. MPTI merupakan sebahagian daripada agensi yang membantu operasi menyelamat mangsa banjir di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak.

Orang awam juga dinasihatkan agar peka dengan perkembangan cuaca, mengutamakan keselamatan, elakkan melalui kawasan dinaiki air serta segera berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa.

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan

PerakSejahtera2030

MalaysiaMadani

MakmurdanHarmoni

RancakkanMADANI

sukperak

KPKT

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *