
Penghuni 52 unit pangsapuri lama di Taman United, Seputeh yang terjejas akibat tembok penahan cerun runtuh telah mengosongkan kediaman mengikut arahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata tiga keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Sri Petaling manakala penghuni 27 unit lagi memilih ke rumah ahli keluarga atau hotel.
“Baki unit pangsapuri lain belum dapat dikesan dan polis percaya ia dihuni warga asing,” katanya semasa dihubungi hari ini.
