Malaysia-Afrika berkongsi sejarah perjuangan melawan penjajahan – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia dan Afrika berkongsi sejarah perjuangan melawan penjajahan, kecekalan dan keyakinan bahawa pendidikan adalah wahana mencapai keadilan, maruah insan dan kemajuan bangsa.

Beliau berkata malah turut sepakat bahawa pendidikan tidak semata transaksi komersial tetapi merupakan pelaburan dalam aspek moral dalam membentuk insan yang berakhlak dan punyai jiwa serta nilai yang mendalam.

AI MESTI DIPERKASA

“Dalam dunia yang sentiasa bergerak laju, kerjasama di bidang pendidikan, inovasi, serta Kecerdasan Buatan (AI) mesti diperkasa agar generasi muda Afrika dan Asia mampu menongkah arus dan mencipta masa depan yang bermakna,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Perdana Menteri hadir si Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 di Kenya.

Beliau berkata Malaysia berikrar tegas memperkukuh pertukaran kemahiran dan bakat, kerjasama antara universiti dan akses pendidikan yang adil.

“Bersama rakan-rakan dari Kenya dan seluruh benua Afrika, kita teguh di jalur ini dalam membina masa depan yang teguh, inklusif dan berteraskan kecintaan kepada ilmu pengetahuan,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *