

Oleh: Sholina Osman
26 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanannya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih di atas sepanjang perkhidmatan Shamsul Iskandar.
Berhubung tuduhan yang timbul, kata Anwar menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini. – JM
