Dunia hari ini perlukan para profesional yang berjiwa usahawan – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
27 NOV. 2025

Dunia hari ini sesungguhnya memerlukan para profesional yang berjiwa usahawan dan peka terhadap keperluan masyarakat.

Graduan diseru agar tidak hanya mengejar keuntungan, tetapi turut memikirkan kesan dan sumbangan mereka kepada komuniti.

Keusahawanan yang berteraskan nilai, akan membantu membina ekonomi yang mampan, inklusif dan berdaya saing.

Perubahan pesat dalam teknologi serta pasaran kerja menuntut graduan untuk terus belajar dan menyesuaikan diri.

DENGAN SEKEPING SIJIL

Ilmu tidak berakhir dengan sekeping sijil, sebaliknya berkembang melalui pengalaman dan usaha berterusan.

Dengan semangat ingin tahu dan keazaman yang tinggi, graduan PDCE mampu melangkah lebih jauh dan menyumbang kepada kemajuan negara”.

Titah berkenaan dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor menerusi rakaman video yang ditayangkan sempena Sidang Kelapan Istiadat Konvokesyen 20 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

PRO CANSELOR 2

Istiadat pada petang tersebut telah disempurnakan oleh Pro Canselor 2 UniMAP, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, graduan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu menguasai kemahiran digital serta bersikap fleksibel dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan masa kini.

Tambah Raja Muda lagi, Kecerdasan Buatan (AI) dan automasi bukan lagi pilihan, tetapi menjadi keperluan untuk kekal relevan. Justeru, teknologi wajar digunakan secara bijak dan beretika agar kemajuan yang dicapai membawa manfaat kepada semua pihak’.

Seramai 313 graduan dari Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) UniMAP menerima penganugerahan pada sesi terakhir berkenaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *