





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kekuatan rakyat terletak pada keteguhan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan suku.
“Sepanjang tiga tahun kita mentadbir, kita buktikan dengan dasar yang jelas untuk mendukung hak dan keperluan rakyat, terutamanya rakyat Sabah,” kata Anwar dalam hantaran di FB semasa berada di Marotai, Sabah.
Beliau berkata Malaysia 1963 kekal menjadi rujukan kita dalam menjelmakan perubahan yang sebenar buat rakyat Sabah. Apakah selesai semuanya? Sudah tentu tidak.
“Namun, apa yang penting dengan kuasa yang ada kita perteguhkan matlamat ini dengan rakan-rakan kita di Semenanjung, dan juga Sabah dan Sarawak agar ketidakadilan yang sekian lama dipinggirkan ini mula menampakkan hasil yang nyata buat rakyat Sabah dan Sarawak,” tambah Anwar. – JM
