




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi supaya rakyat mesti pilih calon yang mahu terus mengekalkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan agar segala permasalahan di negeri Sabah terutamanya dapat ditekuni dan diberi keutamaan secara bersama.
“Kita tidak mahu kalangan calon yang terus-terusan menanam bibit permusuhan yang akhirnya tidak menguntungkan sesiapa,” kata
Anwar dalam hantaran di FB.
Terdahulu Anwar memulakan acara bersama Ketua Menteri Hajiji Nor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dalam temu rapat dengan pimpinan tempatan dan usahawan di Tuaran, Sabah.
Lantaran itu, Anwar berkata maka buatlah keputusan yang bijak pada pilihan raya Sabah kali ini. – JM
