

Oleh: Sholina Osman
27 NOV. 2025
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) diarahkan untuk berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya serta mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia telah memaklumkan perkembangan Ribut Tropika Senyar yang kini memasuki perairan Selat Melaka.
Beliau menjelaskan ia dijangka akan memberi kesan kepada beberapa negeri di Semenanjung, termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya, dari 27 hingga 29 November.
UNTUK SENTIASA BERWASPADA
“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, saya menyeru semua untuk sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan yang berisiko berlakunya hujan lebat berterusan, angin kencang dan banjir kilat,” kata kata beliau dalam hantaran di FB.
Beliau berkata keutamaan kita adalah keselamatan di mana utamakan keselamatan keluarga, elakkan aktiviti luar yang berisiko dan patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan.
Sehubungan itu kata Dr Zaliha orang ramai digalakkan mengikuti maklumat rasmi dan amaran cuaca terkini melalui laman web serta media sosial METMalaysia dari semasa ke semasa.
Hotline Bilik Gerakan Bencana:
DBKL: 03-2617 8862 / 019-212 0032
PPj: 03-8887 7999 – JM
