









KUALA LUMPUR, 1 Disember 2025 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah menerima kunjungan hormat daripada TYT B.N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia.
Pertemuan ini menzahirkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang keselamatan. KDN kekal beriltizam untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara terus terpelihara.
Delegasi Malaysia turut dianggotai oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Encik Mohd Azlan bin Razali, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KDN, dan Encik Norhisham bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA KDN.
