Pekerja pelantar minyak jadi pilihan “scammer” sebagai mangsa di Terengganu

Oleh: Sholina Osman
1 DIS. 2025

Pekerja pelantar minyak dikenalpasti antara profesyen yang menjadi pilihan “scammer” sebagai mangsa di Terengganu.

Terbaharu penipuan ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang berusia 44 tahun itu telahpun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada pukul 2.51 petang, 26 November lalu.

Pekerja pelantar minyak ini bukan saja kerugian RM32,000, tetapi turut menanggung hutang apabila terpedaya dengan sindiket ‘phone scam’.

Dalam laporan polis, pada 21 September 2025, mangsa memaklumkan telah menerima panggilan daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai sebuah syarikat insuran di Petaling Jaya.

MEMBUAT TUNTUTAN PALSU

“Sindiket itu menggertak mangsa dengan menggunakan helah mendakwa mangsa membuat tuntutan palsu lalu diminta untuk memberikan keterangan melalui panggilan telefon,” kata Azli.

Pada masa yang sama mangsa juga diperdaya kononnya panggilan itu disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pihak Pendakwaraya bernama “Puan Zarina”.

Mangsa kemudiannya diminta buat bayaran ikat jamin sebanyak RM32,000.

Mulai 16 November 2025, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM32,000 melalui lapan transaksi di sebuah bank di Kuala Terengganu.

MENYEDARI SUDAH DIPERDAYA

Mangsa yang menyedari sudah diperdaya kemudiannya telah membuat laporan polis di mana kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Satu lagi kes juga melibatkan mangsa seorang pekerja pelantar minyak di Terengganu yang terpedaya dengan “scammer” apabila menawarkan pelaburan bermula RM400 tetapi menjanjikan keuntungan RM5,890 dalam tempoh enam hingga 24 jam.

Lelaki berusia 51 tahun itu terpaksa berputih mata apabila menyedari wang miliknya berjumlah RM48,905.41 telah masuk akaun “scammer” dan tidak mungkin akan kembali lagi itu kemudiannya telah membuat laporan polis pada waktu tengah hari pada 11 Januari 2025.

SEDAR DIRINYA DITIPU

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asistan Komisioner Azli Mohd Noor berkata mangsa dari Gong Badak, Kuala Nerus itu menyertai skim terbabit menerusi aplikasi
WhatsApp pada 3 Januari 2025.

“Mangsa yang membuat pelaburan awal sebanyak RM400 telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan yang turut disertai lima ‘pelabur’ lain,” kata beliau.

Beliau menjelaskan suspek telah memaklumkan bahawa mangsa telah mendapat keuntungan daripada pelaburan itu dan perlu membuat bayaran untuk urusan pengeluaran.

MEMBUAT SEMBILAN TRANSAKSI

“Mangsa telah membuat sembilan transaksi berjumlah RM48,905.41 ke tujuh akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya,” kata beliau.

Setelah membuat segala bayaran, mangsa masih tidak menerima keuntungan dijanjikan.

Mangsa nekad membuat laporan di
mana polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *