Estika Medispa kini perluas perkhidmatan ke Perlis

Oleh: Sholina Osman
2 DIS 2025

Estika Medispa, rangkaian pusat kecantikan dan estetik non-invasif terkenal di Malaysia, kini memperluas perkhidmatannya ke negeri Perlis dengan pembukaan cawangan baharu di No. 5, Tingkat Bawah, Jalan Kangar Jaya 15, Kangar Jaya.

Majlis perasmian Estika Medispa Perlis telah disempurnakan oleh Anakanda Puteri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail baru-baru ini.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd., Dr. Abdul Haq Ab Wasa.

PELBAGAI RAWATAN PREMIUM

Cawangan baharu ini menawarkan pelbagai rawatan premium, termasuk facial pencerahan, facial hidrasi, rawatan jerawat dan parut, rawatan rejuvenasi kulit, anti-penuaan, serta rawatan tambahan seperti lip lightening.

Waktu operasi cawangan adalah dari 10:30 pagi hingga 7:00 petang setiap hari, bagi memastikan kemudahan terbaik kepada pelanggan.

Semua rawatan dijalankan oleh pasukan terlatih menggunakan teknologi terkini, bagi memastikan hasil optimum dengan masa pemulihan yang minima.

Estika Medispa komited menyediakan pengalaman penjagaan kulit yang holistik, profesional, dan selamat, sambil terus memacu standard baru dalam industri kecantikan tempatan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *