












2 Disember 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini (2 Disember).
Turut berangkat YAM Tunku Dr Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Puteri Johor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengajian Tinggi dan Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Panglima Angkatan Tentera.
Pada istiadat yang bertemakan ‘Graduan Berwawasan Pewaris Kedaulatan’, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan penganugerahan kepada 30 graduan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Hadir sama, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad, Naib Canselor UPNM; Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut dan Laksamana Tan Sri Dr Mohd Anwar Mohd Nor, Pro-Canselor UPNM.
