Harga Beras Kekal Rendah Hingga 2026 Akibat Lambakan

(2 Disember 2025)

India, pengeluar dan pengeksport beras terbesar dunia, memberi amaran bahawa harga beras dijangka kekal rendah sehingga akhir tahun ini dan sepanjang 2026 ekoran lambakan bekalan.

Selain itu, corak cuaca tidak menentu di Asia Tenggara dijangka menjejaskan pengeluaran.

Pasaran beras Asia Tenggara berdepan turun naik apabila dua pengeluar utama dunia – Vietnam dan Thailand – mengalami keadaan cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan kebelakangan ini sehingga boleh mengekang pengeluaran.

Persekutuan Pengeksport Beras India (IREF) berkata sebarang pengurangan pengeluaran di kedua-dua negara pengeksport Asia Tenggara itu boleh mempengaruhi pasaran beras global, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *