
(3 Disember 2025)
AirBorneo dijangka memulakan operasi bulan Januari tahun depan menggunakan rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata syarikat penerbangan itu dirancang untuk berkembang kepada operasi pesawat serantau menjelang akhir tahun depan, bergantung kepada ketersediaan pesawat, pengagihan slot lapangan terbang dan kelulusan pihak berkuasa.
“Pengambilalihan MASwings Sdn Bhd dijangka selesai menjelang 31 Dis 2025 susulan Perjanjian Jual Beli Saham yang ditandatangani pada 12 Feb 2025,” katanya.
