


4 Disember 2025
Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 20 orang mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Dusun Nanding Hulu Langat, Selangor.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.14 pagi dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussien Onn ke lokasi kejadian.
“Hasil pemantauan mendapati banjir tersebut adalah sedalam 0.3 meter dan kesemua 20 mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan lori ke tempat selamat.
“Trend air di lokasi kejadian semakin menurun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
📸 JBPM Selangor
