
Info Ringkas
4 Disember 2025
Grab Malaysia melancarkan GrabAssist, perkhidmatan khusus bagi menyokong keperluan mobiliti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pengguna alat bantuan mobiliti peribadi.
Perkhidmatan itu dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pada pembukaan Persidangan ASEAN Disability Forum 2025 bersempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia.
GrabAssist, yang kini beroperasi di Lembah Klang, memberi pilihan pengangkutan lebih mudah diakses terutama untuk perjalanan antara rumah, pusat jagaan atau hospital.
