
Info Ringkas:
(5 Disember 2025)
Kementerian Dalam Negeri kini melaksanakan empat tindakan utama fasa prapelaksanaan bagi pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). Langkah ini merangkumi pengujian sistem pendaftaran bersama MIMOS, pembangunan Pusat Pendaftaran Kad Pengenalan Pelarian Sementara (PPKPPS) di Bidor, pemuktamadkan SOP penentuan status, serta penyediaan pindaan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 bagi menyokong pelaksanaan menyeluruh DPP.
Usaha prapelaksanaan ini memastikan sistem DPP dapat berfungsi secara lebih tersusun, selamat dan berintegriti, sekali gus menambah baik pengurusan pelarian di Malaysia. Pendekatan ini menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh keselamatan negara sambil memastikan proses pendaftaran yang teratur, berasaskan prinsip ihsan dan ketelusan.
