Jenazah Allahyarham Bung Moktar selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Likas

5 Disember 2025

SABAH :
Jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang.

Suasana sedih menyelimuti kawasan pusara dan orang membanjiri untuk menyambut ketibaan jenazah allahyarham Bung Moktar.

Hujan gerimis membasahi bumi sejurus selesai pengebumian tokoh politik yang banyak berjasa kepada rakyat Sabah itu.

Terdahulu, van membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada 1.45 tengah hari, disambut orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama dalam suasana hiba, menggambarkan kasih sayang tidak berbelah bahagi rakyat kepada beliau.

MEMBANTU URUSAN PENGEBUMIAN

Mereka yang hadir kemudian berpusu-pusu membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah, menyediakan tapak perkuburan dan melakukan kerja-kerja tanah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *